CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

KATA-KATA ALUAN

Monday, March 15, 2010

pak abu oh pak abu.....

Tersebutlah sebuah kisah di perkampungan yang mana kehidupannya penuh dengan adat ketimuran. Di kampung tersebut maustatinlah seorang yang bernama Abu yang baru sahaja membeli tanah di situ. Setelah disemak, ternyata tanah tersebut tersimpanlah emas yang banyak. Hendak dijadikan cerita ini ringkas, Abu seterusnya menjadi sangat kaya. Duitnya melimpah ruah.

Abu juga telah membeli sebuah kereta mewah jenama BMW. Abu begitu megah apabila keretanya berpusing mengeliling kampung tersebut. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Keretanya itu disambung dengan pedati dimana ianya ditarik oleh 4 ekor kuda.

gold motivation

Mekanik tempatan mengatakan tiada masalah berkenaan dengan kereta tersebut. Tetapi sayangnya Abu tidak tahu untuk memasukkan kunci dan seterusnya menggerakkan kereta tersebut. Dia tidak tahu bahawa kereta tersebut sebenarnya mempunyai kuasa kuda berkali ganda lebih hebat daripada kuda yang membawanya. Tetapi malangnya dia tidak tahu menggunakan ‘kuasa kuda’ tersebut.

Saudara/i dan pembaca sekalian. Inilah yang berlaku pada rata-rata kehidupan orang ramai. Kajian menunjukkan kita hanya menggunakan 3-5% sahaja potensi yang ada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita menguburkan ‘kuasa kuda’ yang ada. Padahal kita mempunyai lebih daripada itu. Sedikit sayang. Cuba bayangkan jika kita mampu mengunakan lebihan potensi itu, mungkin bukan sekadar 3% tetapi lebih daripada itu. Saya pasti anda, saya dan semua orang, mampu pergi lebih jauh daripada apa yang dibayangkan.

Teruslah meneroka bakat tersebut. Walaupun sedikit.Ianya mampu membuat anda seorang yang bukan seorang yang ‘sederhana’ lagi.

0 comments: