CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

KATA-KATA ALUAN

Tuesday, March 23, 2010

kenangan lalu...






kenangan geng2 5 sains 2004...SMKK


kenangan hanya tinggal kenangan....kenangan umpama angin lalu...berlalu dan terus berlalu...sesungguhnya jiwa ku amat merindui saat-saat bergelar "pelajar" sekolah.. aku amat merindui sahabat-sahabat ku dulu..saat belajar sama-sama, bergurau senda, gelak ketawa,menangis,suka duka sama-sama...kita semua dulu macam satu keluarga..kamu adalh aku n aku adalh kamu..bahgianye hidup...itu dulu...dulu dan sekarang xkan sama..sekarang masing2 mengejar cita2...sesungguh aku amat merindui kamu semua...

kenangan semaian 2010..

Monday, March 15, 2010

nak jadi peramah??

Tips hari ini adalah tentang tips menjadi seorang yang peramah dan disukai oleh orang ramai.Ianya tips daripada Dale Carnegie’s yang merupakan motivator ulung pada zamannya. Disini di senaraikan antara tips yang dikongsi oleh beliau.

1.Jangan mengkritik,atau merungut.
Tidak semua orang suka dikritik. Hakikatnya,walaupun idea yang diberi itu salah, manusia tetap tidak suka dikritik. Kritikan bagi manusia seumpanya mendedahkan kelemahannya lagi. Oleh itu, belajarlah untuk menolak secara halus.

2. Senyum
Senyum adalah komunikasi bukan verbal yang penting.Ianya menghantar isyarat selamat kepada orang disekeliling. Ianyase olah-olah memberi signal atau isyarat kepada orang ramai tanpa sedar bahawa anda seorang yang boleh dihubung.

3. Buatkan mereka rasa penting.Lakukan perkara itu dengan jujur.
Setiap orang inginkan perasaan dihargai.Mereka inginkan perasaan bahawa mereka seorang yang penting. Jadi,jadikan mereka itu penting. Dan lakukanlah dengan jujur dengan mencari kelebihan mereka untuk dibualkan.

pak abu oh pak abu.....

Tersebutlah sebuah kisah di perkampungan yang mana kehidupannya penuh dengan adat ketimuran. Di kampung tersebut maustatinlah seorang yang bernama Abu yang baru sahaja membeli tanah di situ. Setelah disemak, ternyata tanah tersebut tersimpanlah emas yang banyak. Hendak dijadikan cerita ini ringkas, Abu seterusnya menjadi sangat kaya. Duitnya melimpah ruah.

Abu juga telah membeli sebuah kereta mewah jenama BMW. Abu begitu megah apabila keretanya berpusing mengeliling kampung tersebut. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Keretanya itu disambung dengan pedati dimana ianya ditarik oleh 4 ekor kuda.

gold motivation

Mekanik tempatan mengatakan tiada masalah berkenaan dengan kereta tersebut. Tetapi sayangnya Abu tidak tahu untuk memasukkan kunci dan seterusnya menggerakkan kereta tersebut. Dia tidak tahu bahawa kereta tersebut sebenarnya mempunyai kuasa kuda berkali ganda lebih hebat daripada kuda yang membawanya. Tetapi malangnya dia tidak tahu menggunakan ‘kuasa kuda’ tersebut.

Saudara/i dan pembaca sekalian. Inilah yang berlaku pada rata-rata kehidupan orang ramai. Kajian menunjukkan kita hanya menggunakan 3-5% sahaja potensi yang ada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita menguburkan ‘kuasa kuda’ yang ada. Padahal kita mempunyai lebih daripada itu. Sedikit sayang. Cuba bayangkan jika kita mampu mengunakan lebihan potensi itu, mungkin bukan sekadar 3% tetapi lebih daripada itu. Saya pasti anda, saya dan semua orang, mampu pergi lebih jauh daripada apa yang dibayangkan.

Teruslah meneroka bakat tersebut. Walaupun sedikit.Ianya mampu membuat anda seorang yang bukan seorang yang ‘sederhana’ lagi.

Thursday, March 11, 2010

disebalik peristiwa...

aku amat tertarik dengan cerita ini yang mana disebalik cerita ada cerita lain yang ingin disampaikan.bila menhayati betul-betul rupanya aku......semua kisah ini membuatkan aku terfikir dan memberikan satu aura semangat baru untuk aku...hayatilah kisah ini.......

Tempayan yang retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
GGGGGGGGGGGGGGGGG
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.
GGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
GGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."


Moral: Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

Lobak, Telur dan Serbuk Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuklainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Si anak tersenyum seketika, mencicipi kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"

Moral: Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Friday, March 5, 2010

kurang yakin??

Macamana saya nak yakinkan diri? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesuatu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?. Inilah pertanyaan yang selalu kita kemukakan bila memperkatakan keyakinan diri.Apa itu keyakinan? Menurut Ranjit Singh Malhi, keyakinan diri adalah kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita tertentu.

Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!


Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

Sunday, February 21, 2010

Apakah maksud Teknik Pengurusan Masa?

Teknik Pengurusan Masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa sahaja.

Secara ringkas, Teknik Pengurusan Masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan Teknik pengurusan masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.

Mengapa anda perlu pelajari Teknik Pengurusan Masa?


Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.

Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, anda akan habiskan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, anda tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

Contohnya, jika anda belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi anda telah sia-siakan 1 jam 50 tadi. Inilah sebabnya mengapa anda rasa anda telah luangkan banyak masa belajar tetapi hasilnya tidak kelihatan.



Friday, February 12, 2010

semaian..kamu semua memang hebat!!!!

penanti yang sudah sampai ke penghujungnya....tunggu dan tunggu akhirnye program kem motivasi di sekolah menengah teknik teluk intan akhirnya dapat di realisasikan...wlaupun dugaan demi dugaan menimpa dimana kali pertama untuk berbincang dengan pihak sekolah kereta mati ditepi jalan kerana kering minyak,kali ke 2 tiba2 cermin hadapan kereta pecah dengan tiba2 dan kali terhadap untuk kesekolah untuk rundingan tiba2 kereta kehabisan bateri, tpi akhirnye semua berjalan dengan jayanye..betul,tuhan sengaja hilangkan sekejap cahaya sang mentari ditambah pula dengan gemuruh dan kilat yang memancar-mancar membuatkan kita takut tpi tanpa kita sedari disebalik semua itu ada kemanisan dan pandangan alam y cantik sangt iaitu sang pelangi y membuatkan kta tersenyum...inilah kuasa tuhan...dan inilah hasil kerjasama dan kesabaran yang tiggi....tanggal 5 hingga 7 merupakan saat yang paling best becampur penat,gembira dan duka... inilah lumrah kehidupan... hidup xsentiasa tetap,statik..ianye sntiasa berubah-berubah....setiap kali join mana-mana program itulah saat yang paling membuatkan hati tidak sabar-sabar,gementar dan macam-macam yang difikirkan.....semuanya akan menjadi pengalaman dan diari yang paling mahal dalam hidup aku nanti dimana disaat dan ketikanya nnti aku sangt memerlukan semua ini untuk aku jalankan tanggungjawb aku dengan baik dan hebat!! kepada semua group aku,jiji,josh,b,plsam,rosca,win,ain,ju dan tidak lupa juga kpda din,man dan shuai,kamu semua memang hebat!!!!!aku bangga dengan kamu semua....